Bermain buaian memang menyeronokkan dan sangat popular pada masa dulu mahupun sekarang. Boleh dikatakan semua orang menyukai permaian yang berayun tersebut dan banyak tempat yang mengubahsuai permaian buaian denga membuatnya di tempat yang tinggi. Katanya lagi tinggi maka lagi menyeronokkan dan makin menerujakan.
Namun permainan buaian juga adakalanya boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan jika berlaku kesilapan dan kurang faktor keselamatan. Seperti yang berlaku baru-bari ini di negara Russia, dua orang wanita terjatuh dari buaian di lereng gunung setinggi 6300 kaki!
Insiden mengejutkan itu berlaku di Canyon Sulak, Rusia iaitu salah satu tempat tumpuan para pelancong kerana kawasan tersebut mempunyai sebuah buaian besar yang diletakkan di tepi lereng bukit.
Kedudukan buaian yang unik menyebabkan ramai pelancong datang dan cuba merakam kenangan momen mereka ketika menaiki buaian tersebut.
Dua orang wanita ini pada mulanya sangat teruja apabila tiba giliran mereka menaiki dan berayun menggunakan buaian tersebut. Namun kemudian satu perkara buruk berlaku apabila salah satu rantai besi buaian yang dinaiki mereka tersentak ketika mereka sedang berayun di ‘udara’.
Keadaan itu menyebabkan tempat duduk mereka berdua terbalik dan menyebabkan keduanya jatuh bawah lereng gunung berketinggian 6,300 kaki itu!
Walaubagaimanapun, mereka bernasib baik kerana mereka sempat mendarat di satu paltform kayu yang terletak di lereng gunung tersebut dan hanyan mengalami kecederaan ringan. Di bawah ini adalah video yang sempat merakamkan saat-saat kedua-dua wanita itu jatuh dari buaian.
VIDEO:
Moment two women fell off a 6000-Ft cliff swing over the Sulak Canyon in Dagestan, Russia.
Both women landed on a narrow decking platform under the edge of the cliff & miraculously survived with minor scratches.
Police have launched an investigation. pic.twitter.com/oIO9Cfk0Bx— UncleRandom (@Random_Uncle_UK) July 14, 2021
Kawasan pelancongan itu kemudian diarahkan ditutup selepas insiden tersebut dan Kementerian Pelacongan Dagestan memberitahu buaian itu tidak selamat kerana ‘tidak memenuhi piawaian keselamatan’.