Seorang wanita muda berusia 23 tahun dilaporkan meninggaI dunia selepas menjalani rawatan untuk menghilangkan bau peluh dan bau badan.
Wanita yang dikenali sebagai Odalis Santos Mena dan juga merupakan seorang instafamous itu pada mulanya tertarik dengan satu iklan yang dibuat oleh satu pusat rawatan.
Iklan yang dibuat oleh klinik SkinPiel di Guadalajara, Mexico itu adalah rawatan untuk mengatasi masalah peluh pada ketiak dan bau badan.Rawatan berkenaan menggunakan tenaga haba untuk mengurangkan peluh pada kelenjar peluh kononnya berkesan 82 peratus serta bau badan sebanyak 89 peratus.
Sebahagian pesakit juga turut mengalami pengurangan pertumbuhan bulu ketiak selepas menjalani rawatan itu.
Odalis Santos Mena yang juga turut merupakan jurulatih kecergasan bagaimanapun ditimpa masalah apabila menjalani prosedur rawatan apabila dia mengalami serangan jantung selepas dibius.Pekerja klinik tersebut cuba memberikan rawatan CPR namun tidak berhasil dan Odalis akhirnya meninggaI dunia tidak lama kemudian.
Siasatan polis kemudian mendapati klinik itu tidak mempunyai lesen sebagai pengamal perubatan. Kertas siasatan polis dibuka atas dakwaan kecuaian ‘doktor’ bius yang didakwa tidak terlatih untuk melakukan rawatan itu. Selain itu kematian Odalis juga didakwa berkaitan dengan pengambilan steroid.
Sebelum ini, Odalis Santos Mena yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pemakanan pernah terpilih sebagai Campeona Miss/Mr Hercules 2019 dan memenangi acara Wellness Fitness Juvenile. Selain itu, Odalis juga mempunyai lebih 149 ribu pengikut di laman Instagram.