Manusia biasanya akan menangis jika berasa teramat sedih, sedang menahan kesakitan ataupun mata dimasuki sesuatu benda asing. Kebiasaannya juga, apabila kita menangis, maka automaik air mata akan keluar.
Namun berbeza dengan seorang gadis berusia 15 tahun dari Uttar Pradesh, India ini. Gadis ini mengalami satu keadaan aneh iaitu apabila dia menangis, bukan airmata yang keluar tetapi ketulan batu yang kaan keluar dari matanya.
Sejak hampir dua bulan lalu, lebih kurang 10 hingga 15 ketulan batu telah keluar dari mata kiri gadis ini seperti yang diberitahu oleh ahli keluarganya.
Dalam satu video yang dirakamkan di kampung Gadiya Balidaspur, satu ‘ketulan’ boleh dilihat keluar di kelopak mata kiri gadis berkenaan. Apabila seorang individu mengurut kelopak mata gadis itu, tiba-tiba sahaja ketulan batu keluar jatuh dari matanya.
Kemudiannya, satu lagi ketulan jatuh dan kali ini dari sebelah mata kanannya pula.
Keluarga ini pernah membawanya untuk diperiksa oleh ramai doktor tapi tiada ada yang mengetahui puncanya dan berkata keadaan seperti gadis itu sesuatu yang ‘mustahil’ dalam dunia perubatan.
Keadaan yang dialami oleh gadis ini bukanlah kali pertama berlaku dan pada tahun 2014 dulu, seorang gadis dikenali sebagai Saadiya Saleh yang berusia 12 tahun dari Yaman juga mengalami keadaan serupa.
Doktor juga tidak dapat menjelaskan mengapa keadaan itu boleh berlaku kerana gadis itu sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit yang diketahui mereka.