Gadis Study Oversea Demand RM141,000 Duit Hantaran, Pandai Memasak, Beniaga Dan Jadi Motivator

Dari dulu hingga sekarang, nilai duit hantaran sentiasa menjadi pendebatan hangat dikalangan orang kita. Berbagai-bagai cara untuk menentukan sama ada nilainya tinggi atau rendah hingga kadang-kadang boleh menimbulkan pertengkaran antara kedua-dua pihak jika tiada dapat mencapai persetujuan atau kata sepakat.nangtime.com - Gadis Study Oversea Demand RM141,000 Duit Hantaran, Pandai Memasak, Beniaga Dan Jadi Motivator

Baru-baru ini tular satu video seorang wanita yang dikenali sebagai Aufa yang menetapkan harga wang hantaran RM141 Ribu yang perlu dijelaskan oleh bakal suaminya.

Sudah semestinya nilai wang hantaran itu adalah dilihat terlampau tinggi buat golongan rakyat biasa yang bukan dari keluarga yang berada.

Seperti video yang meraih perhatian ramai dikongsi seorang gadis berasal dari negara jiran iaitu Indonesia, dikenali sebagai Aufa menceritakan harga hantaran yang perlu dijelaskan oleh bakal suaminya.

nangtime.com - Gadis Study Oversea Demand RM141,000 Duit Hantaran, Pandai Memasak, Beniaga Dan Jadi Motivator
Study Oversea

Difahamkan, gadis ini meminta wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (kira-kira RM141 ribu).

Apa yang lebih menarik perhatian, dia turut memberikan sebab-sebab mengapa meminta harga sedemikian rupa. Menerusi video tersebut gadis ini berkongsi antara pencapaian-pencapaian yang berjaya dimenangi olehnya.

Lebih membanggakan apabila dia juga telah berjaya menamatkan pelajaran di luar negara kurang daripada tempoh tiga tahun dan berjaya dijemput sebagai penceramah. Tidak berakhir di situ, walaupun sibuk menerima pelbagai undangan untuk memberikan motivasi gadis ini juga aktif melakukan perniagaan makanan yang dihasilkan sendiri olehnya.

nangtime.com - Gadis Study Oversea Demand RM141,000 Duit Hantaran, Pandai Memasak, Beniaga Dan Jadi MotivatorBila menyebut soal hal rumah tangga, gadis ini menjelaskan dia pandai untuk memasak apa sahaja menu baik dari segi makanan tradisional Indonesia mahupun masakan barat yang sering menjadi pilihan.

Pada pandangan korang, berbaloi tak wang hantaran sebanyak RM141,000 atau kena up lagi? Emm

Sumber: Baukencur123 , OHBULAN

Facebook Comments Box