Guru Lelaki Terjatuh Dari Balkoni Sekolah Semasa Buat Persiapan Pembukaan Sekolah

TANAH MERAH: Seorang guru lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu di sekolahnya ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah esok, tengahari tadi.nangtime.com - Guru Lelaki Meninggal Selepas Terjatuh Dari Balkoni Sekolah Semasa Buat Persiapan Pembukaan Sekolah

Dalam kejadian jam 12.30 tengahari di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, mangsa berusia 54 tahun meninggaI dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.

“Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian kira-kira tiga meter,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.

nangtime.com - Guru Lelaki Meninggal Selepas Terjatuh Dari Balkoni Sekolah Semasa Buat Persiapan Pembukaan Sekolah

“Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan semua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok.

“Mangsa yang mempunyai lima orang anak mengajar subjek Matematik di sekolah berkenaan sejak 17 tahun lalu,” katanya.

Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Berita Harian

Facebook Comments Box