Makan Pisang Setiap Hari, Ini Manfaat Dan Khasiat Yang Tubuh Anda Peroleh

Menikmati buah pisang sebagai pencuci mulut bukanlah sesuatu yang pelik di negara ini. Pisang bukan sahaja mudah didapati serta murah malah pisang juga mengandungi nutrien dan kandungan zat yang baik untuk tubuh. Seperti buah-buahan lain pisang juga kaya dengan manfaat dan kebaikannya yang tersendiri.nangtime.com - Makan Pisang Setiap Hari, Inilah Manfaat Dan Khasiat Yang Tubuh Anda Peroleh

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa pisang boleh menjalankan pelbagai fungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik buat tubuh. Berikut adalah manfaat yang boleh anda dapati daripada makan pisang setiap hari:

1. Meningkatkan tenaga

Gula seperti sukrosa, fruktosa dan glukosa yang terdapat dalam pisang akan memberi tenaga segera kepada tubuh. Selain itu pisang juga mempunyai kompleks B yang berguna untuk membina tenaga.

2. Sembelit dan cirit-birit

nangtime.com - Makan Pisang Setiap Hari, Inilah Manfaat Dan Khasiat Yang Tubuh Anda Peroleh

Secara umumnya, pisang merupakan penawar yang baik untuk cirit-birit dan sembelit. Hal ini kerana pisang boleh mengembalikan fungsi normal usus.

3. Disenteri

Pisang berfungsi dengan begitu berkesan untuk disenteri (cirit berdarah). Pisang masak yang dihaluskan dan diproses menjadi krim dikatakan sangat berkesan dalam rawatan disenteri terutamanya kepada kanak-kanak.

4. Membantu untuk berhenti merokok

nangtime.com - Makan Pisang Setiap Hari, Inilah Manfaat Dan Khasiat Yang Tubuh Anda Peroleh

Nutrien seperti kalium, vitamin dan magnesium yang terdapat dalam pisang boleh mengeluarkan kandungan nikotin daripada badan mereka yang merokok.

5. Dapatkan ‘Mood’ yang lebih baik

Asid amino yang dikenali sebagai tryptophan dalam pisang dapat membantu dalam pengeluaran serotonin.

6. Meningkatkan fungsi otak dan lebih berwaspada

Kalium yang terdapat dalam pisang membantu dalam membangunkan fungsi otak serta menjaga kewaspadaan.

7. Gangguan buah pinggang

Pisang terdiri daripada kandungan karbohidrat yang tinggi dan jumlah protein yang rendah dan kandungan inilah yang sangat berguna dalam menangani gangguan buah pinggang.

8. Berat badan berlebihan

Pisang bersama susu skim adalah penawar yang sangat baik untuk mengurangkan berat badan anda.

nangtime.com - Makan Pisang Setiap Hari, Inilah Manfaat Dan Khasiat Yang Tubuh Anda Peroleh

9. Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok

Kalium dalam pisang dapat mengekalkan cecair badan dan keseimbangan elektrolit dalam sel dan membantu dalam mengawal tekanan darah, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

10. Baik untuk darah

Vitamin B6 dalam pisang berguna dalam pembentukan dan pembangunan hemoglobin dan antibodi yang kuat dalam darah.

11. Tulang yang sihat

Kalium yang ada dalam pisang dapat membantu dalam mengurangkan risiko osteoporosis yang berlaku akibat kekurangan kalsium dalam tulang.

12. Baik untuk penglihatan

nangtime.com - Makan Pisang Setiap Hari, Inilah Manfaat Dan Khasiat Yang Tubuh Anda Peroleh

Pengambilan pisang atau buah-buahan lain secara berkala boleh menghalang perkembangan degenerasi makula, yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan terutamanya dalam kalangan orang dewasa.

Sila kongsikan manfaat buah pisang ini dengan rakan-rakan anda ya.

Kredit: Era Baru

Facebook Comments Box