Pada zaman sekarang, terdapat hampir 32 ribu spesies ikan yang telah ditemui dan dikenalpasti oleh manusia. Jumlah ini akan semakin bertambah apabila semakin luas kawasan di muka Bumi ini diterokai oleh manusia yang mungkin membawa kepada penemuan spesies hidupan baru termasuk ikan. Oleh itu tidak hairan jika kita kerap dengan berita mengenai penemuan hidupan-hidupan baru dan pelik terpapar di media.
Baru-baru ini tular mengenai penemuan seekor ikan pelik bergigi manusia di kawasan Jennette’s Pier di North Carolina, Amerika Syarikat.
Ikan itu agak pelik kerana mempunyai gigi yang sangat menyerupai gigi manusia. Ikan seberat 4kg itu didapati memiliki beberapa baris gigi geraham untuk menghancurkan mangsa.
Gambar ikan itu yang dimuat naik oleh laman facebook Jennette’s Pier mendapat seribu lebih tanda suka dan lebih seribu perkongsian setakat ini.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Nathan Martin iaitu nelayan yang menemui ikan tersebut, dia memberitahu meskipun rupa ikan agak pelik tapi ianya adalah jenis ikan yang sedap untuk dimakan.
Ikan bergigi seakan manusia memang wujud di dunia ini dan ianya dikenali sebagai ikan jenis sheepshead atau ikan kepala biri-biri. Di ruangan komen, rata-rata netizen rasa kagum melihat ikan itu yang ramai tidak pernah tahu kewujudan ikan ini.
Seorang netizen memberitahu ikan tersebut mempunyai gigi yang jauh lebih baik daripada segelintir manusia di dunia ini. Ada juga yang bergurau dengan mengatakan gigi-gigi palsu adalah diambil dari spesies ikan tersebut.
Di Malaysia juga pernah ada penemuan ikan bergigi manusia tapi dari jenis ikan yang berlainan sedikit, anda boleh baca posting pada tahun lepas mengenai penemuanĀ ikan bergigi manusia di Malaysia.