Isteri Tak Boleh Kencing Selama 3 Tahun, Suami Dermakan Buah Pinggang Demi Isterinya

Isteri Tak Boleh Kencing Selama 3 Tahun, Suami Dermakan Buah Pinggang Demi Isterinya. Di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Hilmi Damak Kacak, sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepada isterinya yang menghidap masalah buah pinggang.nangtime.com - Isteri Tak Boleh Kencing Selama 3 Tahun, Suami Dermakan Buah Pinggang Demi Isterinya

Menurut Hilmi, mereka diuji dengan perkara tersebut ketika usia perkahwinan mereka menginjak dua tahun.

Dialisis tiga kali seminggu

Assalamualaikum salam sejahtera. Dah selesai daftar untuk masuk wad. Pertama kali aku masuk wad. Rasa debor2 pun ada.. Setelah beberapa kali tunda untuk operation. Kali ini harap tidak tunda lagi. Setelah selamat aku nikah dan membaca taklik aku telah menjadi suami yang sah kepada isteri aku dan bertanggungjawab untuk menjaga isteri aku walau apa jua rintangan dan dugaan.

nangtime.com - Isteri Tak Boleh Kencing Selama 3 Tahun, Suami Dermakan Buah Pinggang Demi Isterinya

2 tahun perkahwinan aku di uji isteri mengalami kegagalan fungsi buah pinggang keduanya. Jalan terbaik untuk menjalani kehidupan normal tanpa membuat dialisis 3 kali seminggu dengan membuat pemindahan buah pinggang.

Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal. Tiada halangan untuk dialisis. Baru tadi nurse kata. Isteri beri buah pinggang untuk suami biasa jer dema dengar.

 

Tapi suami beri sebelah buah pinggang untuk isteri jarang2 dengar. Ada tapi jaranglah dengar. Aku beri kerana tanggungjawab aku sebagai suami yang mahu melihat isteri aku kembali hidup normal. Doakan kami berdua moga selasa ni selamat menjalani operation transplant.nangtime.com - Isteri Tak Boleh Kencing Selama 3 Tahun, Suami Dermakan Buah Pinggang Demi Isterinya

Menurut Hilmi, untuk isterinya menjalani kehidupan normal tanpa melakukan rawatan dialisis adalah dengan membuat pemindahan buah pinggang. Sebagai suami, dia sanggup berkorban demi isterinya dan ingin melihat isterinya kembali sihat seperti sedia kala.

Dapat kencing semula

Alhamdulillah syukur kepada allah s.w.t semalam telah berjalan dengan lancar operation transplant aku untuk isteri. Pukul 8 lebih masuk bilik bedah jam 3 dah siap semuanye dah balik ke wad icu. Rasa kebas-kebas di perut sebelah kiri. Sekarang organ aku dah ku berikan untuk isteri aku. Alhamdulillah isteri aku dah dapat kencing semula setelah 3 tahun tidak boleh kencing. Itu lah kejayaan yang paling gembira.. Harap aku dah isteri cepat sembuh.. Terima kasih pada kawan2 yg doakan untuk aku dan isteri. Keluarga aku dan keluarga mentua aku tidak henti berdoa. Hajat aku telah tertunai.

nangtime.com - Isteri Tak Boleh Kencing Selama 3 Tahun, Suami Dermakan Buah Pinggang Demi Isterinya

Hilmi turut memuat naik perkembangan mengenai pembedahan yang dilaluinya di Facebook. Ujarnya, pembedahan buah pinggang tersebut mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Dia turut meluahkan perasaan gembira apabila isterinya dapat membuang air kecil semula.

Amal gaya hidup sihat

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah 10 hari aku dan isteri selesai menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Selesai je pembedahan isteri aku dah mula boleh kencing setelah sekian lama 3 tahun tidak mampu kencing kerana kerosakkan buah pinggang.

nangtime.com - Isteri Tak Boleh Kencing Selama 3 Tahun, Suami Dermakan Buah Pinggang Demi Isterinya

Keputusan darah menunjukkan bacaan Creatinine buah pinggang isteri aku telah menunjukkan paras normal iaitu 69. Hanya beberapa yang kene dia perbaiki dengan pengambilan buahan susu dan kuning telur.. Kini isteri aku sudah bebas segala tiub2 yang melekat di tubuhnya dan tidak lagi menjalani proses dialisis.

Kini penjagaan harus mengikut nasihat doktor untuk kekal sehat. Nasihat aku untuk rakan2 semua amalkan lah hidup yang sehat.. Elakkkan pengambilan minuman campuran seperti 3 dalam 1. Jangan la ambil ubat2 yang tidak ada kelulusan kementerian kesihatan. Pesan aku ni untuk semua dapat jaga diri masing2.. Hargailah anugerah tuhan yang di berikan pada tubuh kita dan jangan kita abainya

Buat masa ni 3 kali seminggu kene buat medical check up untuk memantau perkembangan isteri aku. Aku pernah muram dan sangat sedih bila dapat tahu isteri aku mengalami kerosakkan kedua buah pinggang. Tersangat sedih hanya yang terdekat memahaminya diri aku.. Alhamdulillah setelah bertahun menunggu tarikh untuk pembedahan akhirnye selesai segalanya. Semoga pengorbanan aku untuk isteri di terima allah s.w.t dan moga kami sihat sentiasa dan bahagia.

Setelah 10 hari selesai pembedahan, Hilmi turut memberitahu bahawa bacaan Creatinine buah pinggang isterinya sudah berada di paras yang normal. Tambahnya lagi, mereka perlu mengikut nasihat doktor agar kembali sihat. Manakala, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sebanyak tiga kali seminggu.

Sumber: Mohd Hilmi Damak Kacak

Facebook Comments Box