Jatuh Lubang Sedalam 4.5 Meter, Lelaki Dikerumuni Tikus Sampai Tidak Dapat Menjerit Minta Tolong

Jatuh Lubang Sedalam 4.5 Meter, Lelaki Dikerumuni Tikus Sampai Tidak Dapat Menjerit Minta Tolong. Seorang lelaki yang sedang menunggu bas ditimpa malang apabila terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang tidak ditutup.nangtime.com - Jatuh Lubang Sedalam 4.5 Meter, Lelaki Dikerumuni Tikus Sampai Tidak Dapat Menjerit Minta Tolong

Kejadian yang mengejutkan orang ramai itu berlaku di Bronx, New York City, Amerika Syarikat. Bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga, bukan saja lelaki terbabit jatuh ke dalam lubang sedalam 4.5 meter, tetapi juga dikerumuni tikus dalam jumlah yang ramai!

Orang ramai yang berada berhampiran cuba menyelamatkan lelaki itu tetapi tidak dapat. Ini kerana lubang tersebut sangat dalam dan lelaki berkenaan juga hilang dalam pandangan mereka. Pasukan Bomba kemudiannya dipanggil untuk menyelamatkan lelaki berusia 33 tahun itu.

nangtime.com - Jatuh Lubang Sedalam 4.5 Meter, Lelaki Dikerumuni Tikus Sampai Tidak Dapat Menjerit Minta Tolong

Menurut Daily Star, Lelaki tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang besar atas usaha pihak Bomba dan dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan.

nangtime.com - Jatuh Lubang Sedalam 4.5 Meter, Lelaki Dikerumuni Tikus Sampai Tidak Dapat Menjerit Minta Tolong

Menurut abang mangsa yang dikenali sebagai Greg White, apa yang lebih mengerikan buat adiknya itu ialah dia dikerumuni oleh sejumlah tikus yang terlalu ramai hingga tidak berani membuka mulut untuk meminta pertolongan.

nangtime.com - Jatuh Lubang Sedalam 4.5 Meter, Lelaki Dikerumuni Tikus Sampai Tidak Dapat Menjerit Minta Tolong
Tikus

Ini kerana dia takut dan bimbang jika dia membuka mulut, besar kemungkinan salah seekor tikus yang terlalu ramai dalam lubang berkenaan akan masuk ke dalam mulutnya.

Facebook Comments Box