Kenali Masalah Kereta Melalui Empat Warna Asap Ekzos

Pada zaman sekarang, boleh dikatakan hampir semua orang menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama mereka terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Walaupun ramai orang yang boleh memandu, namun sangat sedikit di kalangan mereka yang mengetahui jika kereta mereka ada apa-apa yang tidak kena hinggalah sudah terlambat.nangtime.com - Kenali Masalah Kereta Melalui Empat Warna Asap Ekzos

Kebanyakan daripada kerosakan kereta kita sebenarnya boleh dicegah daripada awal. Slaah satu cara untuk mengesan sesuatu yang tidak kena pada kereta adalah dengan melihat warna asap ekzos.

Warna ekzos boleh memberi makna atau maksud tertentu tentang keadaan sesuatu kenderaan seperti berikut.

1. Asap hitam

nangtime.com - Kenali Masalah Kereta Melalui Empat Warna Asap Ekzos

Sekiranya ada asap hitam keluar dari muncung ekzos, ia bermakna enjin kereta tidak mendapat udara mencukupi sekaligus menyebabkan bahan api dibakar berlebihan.

Apa perlu diperiksa ialah penapis udara yang kemungkinan tersumbat. Anda juga disarankan membersihkan penapis atau menukar baharu.

Jika penapis udara dalam keadaan yang baik, tetapi ekzos masih mengeluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain mengalami masalah.

Langkah terbaik, bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lebih teliti.

2. Asap biru

nangtime.com - Kenali Masalah Kereta Melalui Empat Warna Asap Ekzos

Apabila asap berwarna sedikit kebiru-biruan, ia bermaksud terdapat kebocoran dalam enjin. Enjin anda mungkin sedang membakar minyak hitam.

Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus atau rosak.

Jika asap biru keluar ketika memecut, itu mungkin kerana gelang piston rosak. Jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian ia berpunca daripada kepala silinder.

3. Asap putih

nangtime.com - Kenali Masalah Kereta Melalui Empat Warna Asap Ekzos

Asap putih menandakan ada kebocoran melibatkan bahan penyejuk (coolant). Apa yang anda perlu lakukan adalah buat pemeriksaan untuk melihat sebarang masalah kebocoran gasket pada kepala enjin.

Jika memang berlaku kebocoran “coolant”, ini akan menyebabkan masalah panas lampau (overheat) pada enjin. Jika kerja-kerja baik pulih lambat, silinder atau blok enjin boleh retak.

4. Asap kelabu

nangtime.com - Kenali Masalah Kereta Melalui Empat Warna Asap Ekzos

Asap kelabu merujuk kepada situasi enjin membakar minyak gear atau transmisi.

Petanda lain, anda akan terhidu bau asap semacam terbakar. Itu juga mungkin petanda berlaku masalah terhadap komponen pengecas turbo (jika kereta berenjin turbo) dan enjin menggunakan terlalu banyak bahan api.

Penyelesaian paling ideal, bawa segera kereta ke bengkel.

Kredit: FMT, Pandulaju

Facebook Comments Box