Kerap Diejek ‘Anak Dara Tua’, Wanita Tunggu Bakal Suami Habis Sekolah Sebelum Kahwin

Kerap Diejek ‘Anak Dara Tua’ , Wanita Yang Juga Seorang Guru Akhirnya Berkahwin Dengan Anak Murid Sendiri Selepas Habis Sekolah.nangtime.com - Kerap Diejek 'Anak Dara Tua', Wanita Tunggu Bakal Suami Habis Sekolah Sebelum Kahwin

Sebut pasal jodoh, jodoh itu ada yang datang cepat dan ada yang datang lambat dan tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang seusia dengan kita. Ada orang yang kahwin cepat dan ada juga yang kahwin lambat. Namun janganlah kita menyindir rakan-rakan kita terutamanya kaum wanita jika mereka belum berkahwin.

Seorang wanita yang sering disindir anak dara tua akhirnya bertemu jodoh dengan anak murid sendiri yang muda 10 tahun daripada usianya.

Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir yang berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.

nangtime.com - Kerap Diejek 'Anak Dara Tua', Wanita Tunggu Bakal Suami Habis Sekolah Sebelum Kahwin

“Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.

“Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok.

Muhrianti berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas tempat remaja itu bersekolah namun hubungan pada waktu itu sekadar sebagai guru dan pelajar.nangtime.com - Kerap Diejek 'Anak Dara Tua', Wanita Tunggu Bakal Suami Habis Sekolah Sebelum Kahwin

Mereka menjadi semakin rapat apabila sama-sama terlibat dalam satu karnival anjuran sekolah.

“Secara kebetulan, guru kaunseling meminta suami untuk menolong saya di karnival itu.

“Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan,” katanya.

Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” jelasnya.

nangtime.com - Kerap Diejek 'Anak Dara Tua', Wanita Tunggu Bakal Suami Habis Sekolah Sebelum Kahwin

Setelah Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri.

Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu buat pasangan ini.

Facebook Comments Box