Kerap Makan Pisang Kaki, Doktor Jumpa ‘Batu’ Dalam Perut Seorang Budak Yang Mengadu Perutnya Sakit

Seorang budak lelaki di China kerap makan pisang kaki hingga dua minggu berturut-turut mungkin kerana merasakan pisang kaki itu sedap dimakan. Walaubagaimanapun, dia kemudiannya kerap mengadu sakit perut selepas itu. nangtime.com - Kerap Makan Pisang Kaki, Doktor Jumpa ‘Batu’ Dalam Perut Seorang Budak Yang Mengadu Perutnya Sakit

Apabila sakit perutnya masih berterusan dan semakin teruk, budak lelaki yang dikenali sebagai Wen itu pun dikejarkan ke hospital tempatan di Quanzhou, wilayah Fujian, China.

Pemeriksaan imbasan ultrabunyi di hospital kemudian menemui ‘batu’ berukuran lebih kurang tujuh sentimeter panjang dan tiga sentimeter lebar di dalam perut budak lelaki itu.

Sepasukan doktor kemudiannya melakukan pembedahan dengan memecahkan batu dalam perutnya kepada serpihan lebih kecil sebelum mengeluarkannya dalam pembedahan yang mengambil masa 9 jam.

nangtime.com - Kerap Makan Pisang Kaki, Doktor Jumpa ‘Batu’ Dalam Perut Seorang Budak Yang Mengadu Perutnya Sakit

‘Batu’ yang berada dalam perut budak lelaki tersebut dianggarkan seberat sekurang-kurangnya 250g.

Menurut doktor yang merawatnya, fenomena batu berkenaan terbentuk menerusi tindak balas asid dalam buah itu dengan protein dan serat di dalam perutnya.

nangtime.com - Kerap Makan Pisang Kaki, Doktor Jumpa ‘Batu’ Dalam Perut Seorang Budak Yang Mengadu Perutnya Sakit
Pisang Kaki

Budak lelaki berkenaan dilaporkan stabil selepas pembedahan. Pakar perubatan memberi amaran dan peringatan kepada semua bahawa pisang kaki iaitu sejenis tumbuhan berbunga, tidak sepatutnya dimakan berlebihan atau dalam keadaan perut kosong.

Doktor yang merawat budak tersebut mengatakan, fenomena batu berkenaan terbentuk dalam perut budak tersebut adalah menerusi tindak balas asid dalam buah itu dengan protein dan serat di dalam perutnya.

 

Facebook Comments Box