Biasanya kita dengan kaum lelaki mesti akan mahu menjadi lebih kacak bergaya manakala kaum wanita pula cenderung untuk kelihatan cantik, namun terdapat juga segelintir orang yang mempunyai kecenderungan atau minat yang pelik.
Seperti tidak bersyukur dilahirkan dengan wajah kacak, lelaki ini sanggup mengorbankan wajah kacaknya dengan melakukan pelbagai pengubahsuaian untuk menjadi makhluk asing berwarna hitam.
Anthony Loffredo, 32, yang berasal dari Perancis mendapatkan bantuan khidmat individu bernama Oscar Marquez di sini, kerana aktiviti itu tidak diiktiraf di negaranya.
Daily Star melaporkan lelaki itu mengubah dirinya dengan pelbagai tatu dan tindik selain menjalani pengubahsuaian lain yang menyakitkan.
Difahamkan, lelaki itu juga membuat pembedahan membuang hidungnya minggu ini.
Pembedahan ekstrem itu mengakibatkan Loffredo mempunyai lubang besar pada wajahnya.
Dalam pembedahan lain, Loffredo membuang kedua-dua telinganya, malah membelah lidah serta mencacah tatu pada bola matanya walaupun berisiko menjadi buta.
Malah, Loffredo memasukkan implan pada kulit untuk menampakkan hasil benjolan.
Katanya, dia tidak pernah menyesal mengubah penampilan wajah kacaknya kepada makhluk asing yang diidamkannya.
“Saya mendapat idea ini ketika menjadi pengawal keselamatan.
“Saya menyedari saya tidak menjalani hidup seperti yang saya mahukan.
“Terima kasih kepada @oscarmarquezbodymod yang mengubah hidup saya…sekarang saya boleh berjalan dengan penuh bangga.
“Saya bangga dengan apa yang kita lakukan bersama,” katanya.
Sumber: Harian Metro