Wanita Lega Jerawat Bertahun-tahun Hilang Lepas Amalkan Pantang Mudah, Anda Juga Boleh Buat

Siapa sahaja yang ada masalah jerawat mesti tahu betapa payahnya apabila kita sudah berusaha tapi jerawat tak pandai nak sembuh dan makin teruk pula. Namun bagi mereka yang berjaya udah pasti ianya merupakan satu keejayaan besar buat diri mereka.Wanita Lega Jerawat Bertahun-tahun Hilang Lepas Amalkan Pantang Mudah, Anda Juga Boleh Buat

Sama seperti yang dihadapi gadis ini yang akhirnya boleh menarik nafas lega apabila wajahnya kini sudah pulih hampir 70 peratus.

Menurut Siti Khairunisha Mohd Yusof, dia sudah mencuba sekitar 50 produk kosmetik sejak berdepan masalah jerawat pada 2012.

“Muka mula jadi teruk masa saya masuk asrama, tingkatan empat. Mungkin sebab tak jaga sangat, ditambah air yang tak bersih.

“Bila masuk universiti, muka makin teruk sampai jadi bukan jerawat, tapi bernanah.

“Nak sujud masa solat pun rasa sakit, rasa ada benda berat kat muka. Kena panas pun pedih,” ujarnya yang mesra disapa Nisha.

Tambahnya, dia mula memberi fokus kepada penjagaan wajah selepas menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Sains Islam (Usim) kampus Nilai, Negeri Sembilan.

“Sekarang jerawat dah kurang, masih ada tapi tak banyak. Parut saja yang masih ada. Bila dah habis belajar, baru ada masa, cari duit untuk jaga muka.

Wanita Lega Jerawat Bertahun-tahun Hilang Lepas Amalkan Pantang Mudah, Anda Juga Boleh Buat

“Selain dah jumpa produk yang sesuai dengan wajah, saya juga elakkan makan ayam. Ayah kata, kawan dia yang bagitahu.

“Selama enam bulan saya tak sentuh ayam langsung, jerawat pun tak naik.

 

“Sekarang saya makan je kalau pergi kenduri, tapi kalau masak atau beli sendiri, saya elakkan lauk ayam,” katanya lagi.

Bercerita mengenai zaman pengajiannya, Nisha berkata dia juga pernah ditegur gara-gara jerawat di wajahnya.

Keadaan terkini kulit wajah Nisha.

Wanita Lega Jerawat Bertahun-tahun Hilang Lepas Amalkan Pantang Mudah, Anda Juga Boleh Buat

Mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan diri, Nisha bagaimanapun tidak menyalahkan mulut orang yang bertanya mengenai hal itu.

“Ada la orang tak sengaja tanya, tegur dan bergurau. Mungkin mereka tak tahu apa saya rasa.

“Pernah juga down sampai tak nak pergi kenduri, tak keluar rumah. Saya tak suka bila orang tegur pasal muka.

“Tapi saya faham, mereka mungkin tak tahu masalah saya,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box