Lepas Buang Dua Ketumbuhan, Doktor Terkejut Jumpa Bayi Tersorok Dalam Perut Wanita

Di Melaka, seorang wanita berusia 45 tahun, tidak menyangka disebalik ketumbuhan yang dialami di bahagian perut rupa-rupanya ada ‘tersorok’ bayi yang selama ini dikandungnya.nangtime.com - Lepas Buang Dua Ketumbuhan, Doktor Terkejut Jumpa Bayi Tersorok Dalam Perut Wanita

Menerusi laporan Harian Metro, wanita yang dikenali Sanisah Abu Bakar, sama sekali tidak menyangka bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang bayi perempuan, yang diberi nama Nur Iman Amani Widodo.

Pada awalnya, suami kepada Sanisah, iaitu Widodo Sinasim, 47, berkata mereka telah membuat ujian imbasan tetapi tidak dapat pun mengesan kelibat bayi, sebaliknya hanya kelihatan dua ketumbuhan.

Namun, pada 19 Jun lalu, Sanisah mengadu sakit perut yang luar biasa, membuatkan dia dikejarkan ke hospital dengan segera. Doktor berjaya mengeluarkan, ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram.

nangtime.com - Lepas Buang Dua Ketumbuhan, Doktor Terkejut Jumpa Bayi Tersorok Dalam Perut WanitaTetapi, apa yang lebih mengejutkan apabila doktor menemukan seorang bayi di dalam perut wanita tersebut, dan mujurlah bayi berjaya dikeluarkan dengan selamat.

“DOKTOR MELAKUKAN PEMBEDAHAN DAN MENGELUARKAN KETUMBUHAN SEBERAT 500 DAN 800 GRAM, TETAPI DOKTOR TERKEJUT APABILA MENDAPATI ADA BAYI DALAM PERUTNYA LALU MENYELAMATKAN ANAK ITU DARIPADA PERKARA TIDAK DIINGINI…”

nangtime.com - Lepas Buang Dua Ketumbuhan, Doktor Terkejut Jumpa Bayi Tersorok Dalam Perut WanitaBagi Widodo dan Sanisah, kehadiran anak bongsunya itu dianggap sebagai satu kurniaan dan keajaiban Tuhan, kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.

Sumber : Harian Metro

Facebook Comments Box