Orang Ramai Tengah Seronok Mandi Sungai, Tiba-tiba Ular Sawa Datang Senyap-senyap

Hutan merupakan habitat dan tempat tinggal kepada pelbagai jenis tumbuhan dan juga haiwan dan diantaranya adalah ular. Baru-baru ini tular satu video perkongsian abangfoodpanda mengenai kejadian yang berlaku ketika mereka mandi-manda di Ulu Yam.TEAM NETIZEN - Orang Ramai Tengah Seronok Mandi Sungai, Tiba-tiba Ular Sawa Datang Senyap-senyap - nangtime.com

Apa perasaan anda jika anda sedang leka mandi di sungai dan tiba-tiba sahaja datang seekor ular sawa masuk ke sungai yang sama?

Itulah yang berlaku kepada beberapa orang ini yang sedang asyik mandi-manda dan berseronok, tiba-tiba sahaja mereka didatangi oleh seekor ular sawa di sungai tempat mereka mandi.

TEAM NETIZEN - Orang Ramai Tengah Seronok Mandi Sungai, Tiba-tiba Ular Sawa Datang Senyap-senyap - nangtime.com

Kesemua mereka terkejut dengan kehadiran ular sawa itu segera berhenti mandi. Walaubagaimanapun, mereka bernasib baik kerana ada dikalangan mereka yang ada ilmu dan kepandaian cara handle ular dan mereka cuba untuk menangkap ular itu.

Menerusi perkongsian video abangfoodpanda, mereka telah berjaya menangkap ular sawa tersebut dengan selamat dan kemudian menyerahkannya kepada pihak Bomba.

VIDEO 1:

Difahamkan, ular sawa berkenaan akan dilepaskan dikawasan yang jauh daripada manusia dan pengunjung.

VIDEO 2:

Di ruangan komen, beberapa netizen mempersoalkan kenapa ular itu perlu ditangkap dan kenapa tidak dihalau atau dibiarkan pergi sahaja. Namun begitu, abangfoodpanda memberikan penjelasan bahaya ular itu perlu ditangkap kerana dikhuatiri boleh membahayakan orang lain terutama kanak-kanak yang ramai berada di kawasan bawah.TEAM NETIZEN - Orang Ramai Tengah Seronok Mandi Sungai, Tiba-tiba Ular Sawa Datang Senyap-senyap - nangtime.com

Dinasihatkan jika anda berada dalam situasi yang sama seperti mereka ini, lebih baik anda terus balik dan jangan cuba untuk menangkap ular jika ada jumpa, lagi-lagi jika anda tiada ilmu atau tidak pandai untuk menangkapnya.

Kredit: abangfoodpanda

 

Facebook Comments Box