Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah. Walaupun kes positif Covid-19 di Malaysia sudah pun menunjukkan penurunan, namun masih ada lagi kawasan-kawasan yang diletakkan dalam zon merah susulan daripada terdapat kes baharu disitu.nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Oleh hal yang demikian, petugas hadapan masih perlu melakukan saringan kepada mereka yang berada di kawasan disyaki agen Covid-19 bagi mengelakkan berlaku penularan di kawasan kediaman tersebut.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang juga seorang frontliner, dia telah menceritakan situasi yang dihadapinya bersama pasukan kesihatan dalam membuat saringan dari rumah ke rumah.

Mereka terpaksa memanjat tangga sehingga tingkat 14 di Wisma Hock An kerana lift yang sepatutnya sudah 3 tahun mengalami kerosakan.

nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Panjat 14 tingkat, ketuk pintu rumah ke rumah

Mereka terpaksa mengetuk pintu rumah ke rumah kerana masih ada keluarga yang degil dan tidak mahu melakukan saringan semasa di Chow Kit tempoh hari.

Jadi, sepanjang proses tersebut, ada frontliner yang tumbang kerana kehilangan banya tenaga lebih-lebih lagi sedang berpuasa.

nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Malas Turun Sebab Lift Rosak

Menurut pengguna Twitter dikenali sebagai Farahin Mandagie itu, alasan penghuni rumah flat tersebut tidak mahu turun melakukan persampelan adalah disebabkan malas kerana lift rosak.

Dengan hanya beberapa orang sahaja yang tinggal susulan ramai petugas KKM yang sudah tumbang, mereka tetap gigih menahan penat, mual bau busuk dan kedegilan sesetengah penghuni demi menjalankan tugas.

nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Diakhir perkongsian tersebut, dia memaklumkan bahawa KKM sangat komited dalam menangani Covid-19 di Malaysia. jadi, mereka berharap sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita semua perlu memberi kerjasama dalam memastikan wabak ini tidak terus menular.

nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan terima kasih kepada jasa dan bakti petugas KKM. Mereka juga berdoa agar urusan frontliner di permudahkan dan wabak ini segera berakhir.

Antara komen-komen netizen:

nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah nangtime.com - Penduduk Degil Enggan Turun Buat Ujian Covid-19, ‘Frontliner’ Gigih Sampai Pitam Panjat Tangga Buat Saringan Setiap Rumah

Sumber : Farahin Mandagie via Oh My Media

Facebook Comments Box