Pengutip Sampah Menemui ‘Batu’ Bernilai RM2.9 Juta

Tuah bagi seorang pengutip sampah di Thailand apabila menemui sebongkah batu bernilai 537,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.9 juta). Bastille Post melaporkan, lelaki dikenali sebagai Surachit itu tidak menyangka batu ditemui adalah ambergris yang amat bernilai tinggi.nangtime.com -  Pengutip Sampah Menemui ‘Batu’ Bernilai RM2.9 Juta

Pada awalnya, dia menemui batu berwarna kelabu itu yang dihanyutkan air di pinggir pantai ketika mengutip sampah.

Lelaki terbabit kemudian membawa pulang batu itu ke rumahnya sebelum mendapati ia mengeluarkan bau aneh seperti lilin.

Lelaki itu kemudian memaklumkan rakan dan saudaranya dan ramai menyangka batu itu adalah bahan buangan ikan paus yang dipanggil ambergris.

Surachit dan rakannya kemudian memeriksa batu itu dan membakarnya sehingga ia mengeluarkan bau yang harum.

nangtime.com -  Pengutip Sampah Menemui ‘Batu’ Bernilai RM2.9 Juta

Kini, dia sedang menunggu pakar kerajaan yang relevan untuk menilai batu berkenaan.

Ambergris lazimnya didapati dalam usus ikan paus. Bahan ini terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia itu.

Pakar berpendapat bahawa bahan ini keluar melalui usus ikan paus sebagai bahan buangan. Tetapi ada juga yang mendakwa bahawa ia dimuntahkan oleh mamalia itu memandangkan saiznya yang terlalu besar.

nangtime.com -  Pengutip Sampah Menemui ‘Batu’ Bernilai RM2.9 Juta

Selepas keluar dari badan mamalia itu, ia akan hanyut di laut dan boleh bertahan sehingga 100 tahun.

Keunikan ambergris adalah kerana bahan ini sukar diperolehi dan digunakan sebagai antara bahan dalam pembuatan minyak pewangi. – Harian Metro

Facebook Comments Box