Satu Kluster Dikesan Merebak Ke 37 Individu, Amat Penting Untuk Masyarakat Berlaku Jujur

Satu Kluster Dikesan Merebak Ke 37 Individu, Amat Penting Untuk Masyarakat Berlaku Jujur| MASYARAKAT disaran supaya jujur dalam memberi maklumat sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat dengan mereka yang positif Covid-19 kerana daripada satu kes ia mampu menular atau merebak sehingga kepada 37 individu.nangtime.com - Satu Kluster Dikesan Merebak Ke 37 Individu, Amat Penting Untuk Masyarakat Berlaku Jujur

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, adalah amat penting supaya masyarakat memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, sejarah perjalanan ke luar negara atau kehadiran ke perhimpunan yang diumumkan KKM sebagai berkait rapat dengan penularan jangkitan Covid-19.

Katanya, sebagai contoh, daripada hasil siasatan yang dijalankan, terdapat satu kluster yang wujud daripada kes indeks positif Covid-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali (kes ke-1580).

“Setakat ini, daripada kluster tersebut 37 orang sudah disahkan positif Covid-19, di mana terdapat lima kes kematian (iaitu kes ke-1031, kes ke-1032, kes ke-1006, kes ke-2850 dan kes ke-2210), serta kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kluster ini telah membabitkan jangkitan sehingga generasi ke-3,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box