“Selamat pengantin baru ex husband”- Wanita Dijemput Isteri Baru Bekas Suami Ke Majlis Kahwin Dan Ini Yang Terjadi

Setiap pasangan suami isteri mesti ada pasang impian nak kekal bersama hingga akhir hayat. Hingga ke Jannah la orang kata. Tapi, kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan berserah kepada takdir yang menentukan masa depan kita.nangtime.com - “Selamat pengantin baru ex husband”- Wanita Dijemput Isteri Baru Bekas Suami Ke Majlis Kahwin Dan Ini Yang Terjadi

Menerusi perkongsian video oleh Farhana Farah di Tiktok pada 29 Mac lalu yang mendapat lebih 100 ribu tontonan dan lebih 6 ribu likes, video tersebut menarik perhatian ramai orang apabila wanita yang berkongsi video itu sebenarnya bekas isteri kepada pengantin lelaki di dalam video Tiktok itu.

Farhana berkongsi cerita yang dia dan anak-akaknya dijemput oleh isteri baru bekas suaminya itu ke majlis perkahwinan mereka baru-baru ini. Jarang la isteri baru ajak ex-wife ni. Rare betul.

VIDEO 1:

Bila tengok video itu balik, dapat lihat yang riak wajah Farhana yang ‘happy’ bila tengok bekas suaminya itu sudah berkahwin dengan wanita lain. Aik, tak jeles ke?

“Walau aku dengan kau sentiasa berperang, tapi aku tumpang happy di hari bahagiamu.”

nangtime.com - “Selamat pengantin baru ex husband”- Wanita Dijemput Isteri Baru Bekas Suami Ke Majlis Kahwin Dan Ini Yang Terjadi

Tak semua wanita boleh ‘kuat’ untuk tengok lelaki yang sebelum ini pernah menjadi pasangan mereka kini berdamping dengan wanita lain. Tapi, Farhana ini sudah redha terima takdir yang jodohnya bersama bekas suaminya itu tidak panjang.

“Semoga berbahagia hingga ke Jannah.”

Berbaik demi anak-anak

nangtime.com - “Selamat pengantin baru ex husband”- Wanita Dijemput Isteri Baru Bekas Suami Ke Majlis Kahwin Dan Ini Yang Terjadi

Menerusi satu video lain, Farhana menceritakan yang sebenarnya isteri baru suaminya itu yang menjadi punca mereka kembali berbaik semula demi memastikan anak-anak mereka mendapat kasih sayang dari seorang bapa dengan secukupnya.

VIDEO 2:

Farhana dan wanita itu juga berharap masing-masing dapat wujudkan keluarga yang bahagia. In Shaa Allah.

Farhana ni memang betul-betul kuat tengok bekas suami di dah kahwin baru depan mata. Takpelah, kita doakan semoga jodoh Farhana pula yang datang lepas ni. Amin…

Sumber: Farhana Farah via Lobakmerah

Facebook Comments Box