‘Bertenang Semua..Tak Launch Lagi Tapi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara’

Penularan beberapa foto pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa berada di Langkawi, Kedah untuk berbulan madu baru-baru ini, cukup menggemparkan industri hiburan tanah air.nangtime.com -  ‘Bertenang Semua..Tak Launch Lagi Tapi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara’

Bagaimanapun segala kekeliruan berkenaan terjawab, apabila pasangan pengantin baru itu rupa-rupanya terbang ke pulau peranginan terbabit untuk menghadiri pembukaan cawangan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Menganggap kontroversi yang muncul memiliki hikmah tersendiri, Neelofa tidak menyangka kini kedai yang bakal dibuka itu sudah diketahui ramai.

“Bertenang semua di luar sana, tak ‘launch’ lagi (tapi) ‘free marketing’ dah gegar satu negara.

“Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

nangtime.com -  ‘Bertenang Semua..Tak Launch Lagi Tapi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara’

Terdahulu Harian Metro melaporkan Neelofa dan PU Riz ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan berbulan madu seperti tular di media sosial.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, Neelofa ke pulau peranginan berkenaan bersama tiga yang lain.

Pasangan sejoli ini dimaklumkan berada di pulau peranginan terbabit untuk mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memberitahu pasangan ini menghadiri pembukaan beberapa cawangan di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar.

Sumber: Harian Metro

 

Facebook Comments Box