‘Silap Aku Tak Terus Mandi Lepas Sampai Rumah’ – Wanita Positif Covid-19

Angka positif Covid-19 yang semakin meningkat ternyata mencetuskan kebimbangan orang ramai. Individu yang perlu keluar di atas urusan tertentu perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).nangtime.com - ‘Silap Aku Tak Terus Mandi Lepas Sampai Rumah’

Namun, siapa menyangka walaupun sudah patuh kepada SOP, wanita ini masih dijangkiti wabak. Di Facebook, dia menceritakan pengalamannya.

Menggigil & air mata jatuh

Awalnya tidak terfikir mau share tapi lepas bercerita dengan sahabat-sahabat terdekat, aku rasa pengalaman ini boleh dijadikan iktibar dan langkah berjaga-jaga untuk rakan-rakan muka buku semua. InsyaAllah. Jadi, entry ini bukan satu pengumuman ya. Haha.. Just if you decided to read, do me a favor to read it till the end walau pun panjang dan boring.nangtime.com - "Kesilapan Aku Tak Terus Mandi Bila Sampai Rumah" - Wanita Positif Covid-19

 

DISAHKAN POSITIVE COVID19 PADA 7 OKTOBER 2020

Panggilan dari nombor yang tidak dikenali terus buat jantung berdegup kencang. “Assalammualaikum, cik Misalindah? Saya dari Klinik Kesihatan Semporna. Cik tahukah yang result swab cik positive?” Aku be like”Minta cik kemas barang-barang keperluan, sebentar lagi pihak kami datang jemput cik dan cik kena masuk pusat kuarantin ya”. Fikiran dan perasaan bercampur baur.

Agak menggigil dan air mata jatuh. Bukan apa, fikirkan mak kontak rapat. Seandainya jadi apa2, dia macam mana? Alhamdulillah, mak sudah swab test dan kuarantin di rumah sekarang. Syukur keluarga tidak ramai di rumah dan sejak aku mula rasa tidak sihat, memang sudah mula jarakkan diri dan kerap di bilik sahaja walaupun belum swab test. Cuma keluar bila perlu. Mak seorang jak kontak rapat. Memang kuarantin diri, tapi kenapa boleh positif?

Sejarah perjalanan & gejala

nangtime.com - "Kesilapan Aku Tak Terus Mandi Bila Sampai Rumah" - Wanita Positif Covid-19Gelang kehormat kedua selepas gelang swab test 28hb

SEJARAH PERJALANAN, PERGERAKAN Dan GEJALA

15 September 2020, aku ke Tawau bersama mak atas urusan kerja
17 – 18 September 2020, aku masih aktif ke kedai hardware dan 1 supermarket di Semporna untuk membeli barang keperluan renovation rumah dan perbelanjaan.

Tapi, aku memang seorang yang cukup jaga SOP dan sentiasa memakai mask, hand sanitizer dan tidak bersentuhan dengan sesiapa ketika berada di luar. Bila positive mak sendiri terkejut. Haha… TAPI JANGAN TANYA AKU DI MANA DAPAT JANGKITAN YA. SEBAB AKU PUN TIDAK TAHU.

DEMAM

16 September 2020, bermula episode demam yang tidak seperti demam biasa. Aku jenis selalu sakit tapi demam kali ini lain rasanya. Rasa demam, badan rasa panas dan tidak selesa tapi tenaga seperti biasa dan lain-lainnya normal sebab tu masih mampu keluar beli barang-barang pertukangan dan belanja rumah.

Cuma 1 perkara is aku tidak berpeluh walau keadaan panas sekali pun. Walaupun sudah minum ubat, tetap kondisi tiada perubahan. Keep rasa demam dan tidak selesa tapi masih keadaan tubuh seperti biasa macam tidak nampak demam/sakit pun. Nampak tak betapa covid nie sangat halus kerjanya.

The best part is aku demam selama 2 minggu. Bangang ka apa tidak pergi check demam begitu lama? Hahaha… Ya, persoalan tu sudah bertubi-tubi aku kena. Bukan tidak check. Sudah pergi unit kecemasan hospital semporna pada 19 Sept tapi sebab aku tiada kontak rapat dengan orang yang positif covid nie jadi, untuk swab test tu belum menjadi satu keperluan.

Faham yang fasiliti unit kesihatan di Semporna tidak banyak dan canggih, jadi aku ambil keputusan untuk total kuarantin diri bermula 19hb tu. Aku dan mak mula social distancing di rumah. Elak sebarang kemungkinan.

HILANG DERIA BAU/HIDU 100%

Pada 28 Sept, hari ke 13 aku demam bermula detik gunda gulana macam mau gila bila aku kehilangan deria bau secara total. Sabun, shampoo, minyak wangi, bedak, balsam, lotion semua aku calit hidu dekat-dekat dengan hidung tapi satu bau pun tiada. Aku terus kunci pintu dan minta mak jangan sekali-kali masuk bilik. Diri menggigil dan tidak tahu mau buat apa. Dalam fikiran, Ya Allah, andai aku positive, jagakan ibuku ya Allah.. Lindungi dia dariku.

Tapi mak nie seorang yang hebat kan? Mak suruh siap2 dan bawah ke klinik untuk swab test. Mak drive aku duduk di belakang. Bukan tidak drive sendiri tapi keadaan kaki dan tangan memang tidak mengizinkan untuk drive akibat kekejangan urat seminggu sebelum mula demam. Jadi aku ni memang jenis tidak fikir diri juga la.. Hahaha.. Kaki tangan tidak sihat pun tetap drive selagi mampu. Sudah nyata sakit mak tidak benarkan la. Huhuhu..

Jadi aku buat swab test pada 28 September 2020 dan hanya tahu positif pada 7 Oktober 2020. 10 hari. Lama kan? Sebab makmal sudah overload dan lebih ramai yang ada simptom bergejala teruk dan berisiko. Jadi, tenang dan cuba faham keadaan.

7 Oktober 2020, aku mula jadi penghuni pusat kuarantin. Agak gabra sebab ya la kiri kanan depan belakang orang yang positif covid19 dan pegawai-pegawai kesihatan semua macam angkasawan. Dalam hati, Ya Allah, tidak pernah terfikir aku akan berada di sini. Berikan aku kekuatan ya Allah dan yang paling penting jagakan keluarga dan sahabat-sahabatku yang masih sihat di luar sana.

nangtime.com - "Kesilapan Aku Tak Terus Mandi Bila Sampai Rumah" - Wanita Positif Covid-19
Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria Semporna

SO MORALE OF THE STORY…

– Pantau kesihatan anda. Kita yang tahu diri macam mana. Bila demam batuk atau selsema, cuba kenal pasti jika seperti biasa yang dialami, cepat-cepat jumpa doktor dan dapatkan ubat. Jika ubat mampu melegakan sakit dengan cepat insyaAllah tiada apa-apa. Jadi, bila demam atau kemungkinan ada simptom covid19, jangan panic ya. Ini penting untuk kesihatan mental kita lebih-lebih lagi musim PKPP/PKPDB yang mana kes makin meningkat. Tentu-tentu cepat rasa seperti terkena jangkitan kan? Silap-silap jadi anxiety pulak.

– Kurang dedahkan diri pada persekitaran luar. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jangan anggap diri kebal. Aku cukup jaga diri. Sebelum keluar rumah, hand sanitizer bukan hanya di tangan tapi sudah jadi mcm lotion. Sentiasa pakai mask. Sendiri dalam kereta pun pakai mask. Dalam kereta ada spray dettol. Sebelum masuk kereta lepas dari kedai aku sembur.

Cuma SATU KESILAPAN AKU ADALAH TIDAK TERUS MANDI APABILA SAMPAI DI RUMAH! Jangan kecam ya. Aku ada sebab. Sebabnya rumah tengah renovate sudah tentu keadaan tidak seperti biasa. Mesin basuh tidak terpasang dan kawasan toilet dan air yang hanya boleh tampung untuk mandi. Jadi untuk rendam dan cuci baju tidak semudah itu. Aku juga perlu keluar ke pekan sampai 5-6 kali sehari. Ada saja benda yang kurang. Jadi untuk mandi dan tukar-tukar baju tidak semudah itu. TAPI ANDA! Tidak renovate rumah kan? Rumah selesa untuk buat apa saja kan? Jadi mandi setiap kali balik dari beli barang-barang ya..

– Jika anda ada gejala seperti demam atau batuk tapi masih tidak dapat untuk buat swab test sebab kekangan keadaan hospital/klinik yang memang sibuk, mulalah asingkan diri. Jaga jarak dari orang lain. Dalam masa seminggu jika masih demam, mostly akan kehilangan deria bau. Semua geng-geng kuarantin saya di sini begitu. Demam dan batuk then kehilangan deria bau. Jika ini berlaku, tenang dan pergi ke klinik/hospital dan maklumkan mau ambil swab test covid19. Result akan keluar dalam masa 5-10 hari. Hilang deria bau 99% memang akan positif ya.

So, jika anda kehilangan deria bau sebelum swab test jangan tunggu dapat gelang kehormat tu baru kuarantin okay. Terus kuarantin diri! Jangan jadi pembawa dan jangkit orang lain. Kita mungkin kuat untuk lawan tapi bagi mereka yang lemah mungkin akan kehilangan nyawa. Nauzubillah. Silap-silap kita pembunuh senyap. Tolong Mr. C buat kerja.

Walaupun aku cerita macam tiada apa perlu ditakutkan tapi jangan anggap covid19 nie main-main. Walaupun mungkin pada awalnya seperti tiada apa, kita tidak tahu bila-bila masa antibody kita lemah dan peluang covid untuk serang. Dia tetap meragut nyawa. Begitulah kerisauan kami pesakit-pesakit di sini. Nampak macam ok tapi sebenarnya dalam hati dan minda? Terlalu berhati-hati dan cuba bertabah untuk sebarang kemungkinan sebab virus merbahaya sudah ada dalam tubuh.

Ingat, segalanya milik Allah. Dia satu-satunya yang akan menyembuhkan kita. Allah duga sebab Allah sayang. Allah jentik dengan sakit dan wabak sebab Allah mau bagi peringatan. Scan diri dan iman. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Sumber: Misalindah Abraham

Facebook Comments