Tak Dapat Order Pizza Kerana Oven Rosak, Pelanggan Tak Puas Hati Dan Tindakannya Buat Ramai Geram

Setiap orang mesti ada makanan kegemaran dan jika keluar untuk membeli makanan di sesuatu tempat kesukaan, biasanya mesti kita sudah fikirkan terlebih dahulu apa yang nak dipesan atau dibeli.Tak Dapat Order Pizza Kerana Oven Rosak, Pelanggan Tak Puas Hati Dan Tindakannya Buat Ramai Geram

Namun kadang-kadang menu atau hidangan yang kita mahu beli tidak ada pada hari tersebut atas sebab-sebab tertentu seperti bahan dah habis atau tiada stok. Biasanya dalam situasi sedemikian, kita mungkin akan membeli makanan lain ataupun pergi ke kedai lain bukan.

Tetapi seperti kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain, penerimaan dan reaksi setiap orang adalah berbeza dan ada yang akan marah dan tidak puas hati jika tak kedai atau premis makanan tidak dapat menyediakan menu kesukaan mereka.

Seperti yang berlaku di sebuah cawangan Pizza Hut baru-baru ini, seorang wanita tidak dapat terima kenyataan sebuah cawangan Pizza Hut yang didatanginya tidak dapat menyediakan pizza yang diinginkannya. Tak Dapat Order Pizza Kerana Oven Rosak, Pelanggan Tak Puas Hati Dan Tindakannya Buat Ramai GeramWanita ini marah-marah dan masuk serta merakam ruang dapur restoran makanan segera itu sambil marah-marah dan bertanya macam-macam soalan.

Seorang staf datang dan menjelaskan kepadanya bahawa mereka tidak dapat menyediakan pizza pada hari tersebut kerana oven mereka rosak disambar petir.

Tapi pelanggan wanita itu seolah-olah tidak mahu mendengar alasan tersebut dan masih menengking-nengking dan marah-marah hinggakan staf-staf kelihatan tertekan untuk meredakan keadaan. Tak Dapat Order Pizza Kerana Oven Rosak, Pelanggan Tak Puas Hati Dan Tindakannya Buat Ramai GeramMereka sudah jelaskan dengan baik-baik tetapi malangnya pelanggan wanita itu tetap juga tak terima dan tak berpuas hati.

Video kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap pelanggan wanita tersebut yang enggan memahami dan bersikap kurang ajar dan tiada adab dengan staf-staf Pizza Hut tersebut.

VIDEO:

Seorang netizen lagi menyarankan pelanggan itu supaya pergi saja ke cawangan lain jika mengidam nak makan pizza dan tak perlu nak marah-marah macam orang hilang akal.

Facebook Comments Box