Pada zaman sekarang semakin banyak spesies haiwan yang berdepan dengan ancaman kepupusan. Oleh itu pelbagai kajian dan usaha telah dilakukan bagi mengekalkan spesies-spesies terancam ini agar tidak pupus di muka Bumi ini.
Salah satu spesies haiwan yang terancam dengan kepupusan adalah memerang gergasi (giant otter). Memerang gergasi ini dikatakan sudah tidak kelihatan di Argentina selama 40 tahun lebih hingga ramai yang berpendapat ianya sudah pupus di negara berkenaan.
Ketika melakukan rondaan di Taman Nasional El Impenetrable, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sebastián Di Martino tiba-tiba terdengar percikan air dibelakangnya.
Apabila dia berpaling untuk melihat arah percikan itu, dia terkejut apabila menyaksikan seekor memerang yang sangat besar sedang berenang, menyelam dan muncul semula ke permukaan air.
Martino yang merupakan Director of Conservation, Rewilding Argentina menyedari bahawa haiwan itu adalah spesis memerang gergasi yang kali terakhir dilihat di Argentina pada tahun 1980an.
Gembira dan teruja dengan penemuannya, Martino segera mengambil gambar dan merakam memerang gergasi tersebut sebagai bukti.
Gambar-gambar dan video itu pasti boleh menyakinkan orang ramai kerana jika dia bercakap dari mulut sahaja kemungkinan orang tidak berapa percaya kerana memerang gergasi itu sudah hampir 40 tahun tidak kelihatan.
Menurut Martino, spesies memerang gergasi ini kemungkinan datang dari Pantanal of Paraguay dan dia juga tidak menolak kemungkinan memerang gergasi yang ditemuinya itu adalah datang dari sekumpulan kecil spesies itu yang terselamat di Argentina dan tidak ditemui orang sehingga sekarang.
Memerang gergasi (giant otter) ini adalah spesies memerang terbesar di dunia dan boleh membesar sepanjang 6 kaki (1.82 meter) dan 35kg berat.
VIDEO:
A Giant River Otter seen in El Impenetrable National Park!
The @RewildingArg team spotted this otter, considered extinct in Argentina, in the Bermejo River, #Chaco Province. This great news brings new urgency to expand the Park to protect this species! #rewildingtheamericas pic.twitter.com/WT46vz39Wy— Tompkins Conservation Global (@TompkinsRewild) May 24, 2021
Mmerang ini merupakan antara pemangsa teratas dalam ekosistem air tawar dan menurut National Geographic, ianya sukar ditemui di tempat lain dan biasanya hanya ditemui di sungai-sungai tertentu di Amerika Selatan, termasuk Amazon dan anak sungainya, Orinoco dan La Plata.