Ingatkan Kabel Bawah Lantai, Suami Isteri Terperanjat Menemui Syiling Emas Berusia 400 Tahun Yang Nilainya Mencecah RM1.3 Juta

Satu pasangan suami isteri langsung tidak menyangka akan tuah mereka menemui benda bernilai lebih £250,000 (RM1.3 juta) di rumah mereka. Ketika pasangan suami isteri ini mengubah suai lantai di dapur rumah mereka, tiba-tiba sahaja mereka menemui duit syiling emas yang berusia lebih kurang 400 tahun dahulu.Ingatkan Kabel Bawah Lantai, Suami Isteri Terperanjat Menemui Syiling Emas Berusia 400 Tahun Yang Nilainya Mencecah RM1.3 Juta - nangtime.com

Pasangan suami isteri dari Britain ini pada mulanya menemui beberapa kabel elektrik biasa di bawah rumah yang sudah didiami selama lebih 10 tahun itu. Namun begitu, sebaik sahaja cuba mengerjakan lantai dapur, mereka telah menemui tin cawan yang bila diperiksa, rupanya berisi dengan syiling-syiling lama yang bernilai tinggi.

Difahamkan jumlah syiling yang ditemui oleh pasangan suami isteri ini di kawasan Kampung Ellerby, North Yorkshire adalah sebanyak 264 keping syiling yang bernilai £250,000 (RM1.3 juta).Suami Isteri Menemui Syiling Emas Berusia 400 Tahun Yang Bernilai RM1.3 Juta Ketika Mengubahsuai Dapur Rumah- nangtime.com

Cawan tin logam itu ditemui tertimbus dalam lantai konkrit yang setebal 15 cm.

Pasangan suami isteri yang teruja dengan penemuan duit syiling itu pun segera menghubungi firma lelongan di Spink & Son di London bagi mendapatkan pandangan mereka mengenainya.

Suami Isteri Menemui Syiling Emas Berusia 400 Tahun Yang Bernilai RM1.3 Juta Ketika Mengubahsuai Dapur Rumah- nangtime.com

Pegawai yang datang ke rumah mereka kemudiannya memberikan pendapatnya mengenai syiling tersebut.

Duit syiling emas itu ternyata merupakan milik keluarga saudagar kaya dari bandar Hull, Fernley-Maisters. Fernley-Maisters merupakan pengimport dan pengeksport kayu balak, arang batu dan bijih besi. Selain itu, generasinya yang seterusnya juga pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen pada awal tahun 1700-an dahulu.Suami Isteri Menemui Syiling Emas Berusia 400 Tahun Yang Bernilai RM1.3 Juta Ketika Mengubahsuai Dapur Rumah- nangtime.com

Antara syiling emas yang ditemui pasangan suami isteri ini adalah bertarikh dari 1610 hingga 1727 ketika pemerintahan Raja James I, Charles I dan George I.

Facebook Comments Box