Satu video menjadi tular baru-baru ini memaparkan tindakan seorang wanita yang tidak berapa. disenangi oleh netizen. Rakaman video TikTok itu mendapat pelbagai reaksi apabila wanita itu dengan selamba menghidu bau baju beberapa orang lelaki.
Meskipun kononnya mereka sedang bermain satu game yang mengkehendaki wanita itu mencari pasangan, namun ianya tetap mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai walaupun tujuan mereka mungkin hanya sekadar untuk berhibur.
Video tersebut jelas memaparkan gelagat seorang wanita dipercayai sedang bermain sebuah ‘game’ mencari suaminya dengan cara mengenal pasti ‘bau’ pasangan dalam keadaan mata tertutup.
Dalam pada itu, dia perlu menghidu setiap jejaka yang berada di hadapannya bagi mencari di antara jejaka-jejaka itu, mana satu suaminya.
VIDEO:
boleh la lepasni main game ni pic.twitter.com/Q7NumNhvr7
— Cempaka (@IbuPeri__) December 30, 2020
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan permainan terbabit dan bercadang untuk mencuba dengan pasangan masing-masing nanti.
‘Single’ takde la pasangan
Walau bagaimanapun, ada ramai juga yang tidak menggemari perbuatan itu dan berasa ‘geli’ sewaktu menonton aksi berkenaan.
Geli nak cium baju orang lain
Apabila menjengah ke laman aplikasi TikTok milik wanita itu, majoriti warganet mengecam ‘game’ beserta individu yang terlibat.
Kenapa biar isteri sentuh lelaki lain?
Seronok-seronok juga, tapi jangan sampai memalukan diri sendiri. Nasib baik dapat pasangan yang ‘sporting’, kalau tidak siap sedialah untuk ‘berperang’.
Kalau boleh carilah game lain yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan kecaman ramai.
Sumber: OMM