Wanita Dikurung Suami Dalam Tandas Selama 18 Bulan

New Delhi: Suami tergamak mengurung isterinya lebih setahun dalam sebuah tandas yang sempit dan kotor.nangtime.com -  Wanita Dikurung Suami Dalam Tandas Selama 18 Bulan

Penderitaan wanita berusia 35 tahun itu berakhir selepas dia diselamatkan polis dan pekerja kebajikan pada 12 Oktober lalu.

Kejadian itu diketahui jirannya sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita untuk menyelamatkan wanita malang itu.

Media tempatan India melaporkan, wanita itu sudah 18 bulan dikurung suaminya dengan pintu tandas akan sentiasa dikunci.

nangtime.com -  Wanita Dikurung Suami Dalam Tandas Selama 18 Bulan
Wanita dikurung dalam tandas sempit dan kotor

Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahan suami mangsa pada Jumaat menurut laporan media eva.vn.

Wanita itu dan suspek sudah berkahwin selama 17 tahun dan memiliki tiga anak berusia antara 11 hingga 17 tahun.

Sepanjang dikurung di dalam tandas yang kotor dan berbau itu, mangsa tidak diberikan makanan dan minuman selama beberapa hari.

Jiran yang mengetahui kejadian itu sudah tidak sanggup melihat mangsa diseksa sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita daerah berkenaan.

nangtime.com -  Wanita Dikurung Suami Dalam Tandas Selama 18 Bulan

Ketika diselamatkan wanita itu dalam keadaan tidak terurus dan hanya terbaring.

Polis masih menyiasat motif suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa.

Facebook Comments Box