Buaya Gergasi Seberat 800kg Di Parit Belakang Sekolah Berjaya Dipindahkan Dengan Forklift

Seekor Buaya gergasi sepanjang 4.5 meter dan dianggarkan seberat 800kg ditemui di belakang Sekolah Kebangsaan St Edmund, Limbang, Sarawak.Buaya Gergasi Seberat 800kg Di Parit Belakang Sekolah Berjaya Dipindahkan Dengan Forklift

Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menangkap seekor buaya yang dikhuatiri mengganas selepas cedera ditemb*k penduduk kampung, di sini, malam tadi.

Selepas terkena temb*kan itu, buaya sepanjang 4.5 meter disedari berada di dalam longkang di belakang Sekolah Kebangsaan St Edmund, di sini.

nangtime.com - Buaya Gergasi Seberat 800kg Di Parit Belakang Sekolah Berjaya Dipindahkan Dengan Forklift

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi mendapatkan khidmat khas menangkap buaya itu pada 10.59 malam tadi.

nangtime.com - Buaya Gergasi Seberat 800kg Di Parit Belakang Sekolah Berjaya Dipindahkan Dengan ForkliftBeliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor buaya besar di dalam longkang dan ia agak agresif kerana difahamkan reptilia itu cedera selepas ditemb*k.

“Anggota kami berjaya menenangkan buaya itu selepas menutup matanya dengan kain sebelum mengikatnya di tepi pagar sekolah,” katanya.nangtime.com - Buaya Gergasi Seberat 800kg Di Parit Belakang Sekolah Berjaya Dipindahkan Dengan Forklift

Katanya lagi, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan buaya itu dari longkang kerana terlalu berat.

UPDATE:

Proses pemindahan buaya tembaga oleh Pasukan Bomba dengan bantuan menggunakan ‘Forklift’ dan seterusnya dihantar ke tempat Penyimpanan Sarawak Forestry Corporation sementara di Kubong.

nangtime.com - Buaya Gergasi Seberat 800kg Di Parit Belakang Sekolah Berjaya Dipindahkan Dengan Forklift

PPgB Clarence D Primus, Ketua BBP Limbang mengetuai operasi membantu SFC memindahkan buaya seberat 800 KG dari parit belakang SK St Edmund Limbang ke Tempat Penyimpanan Sementara Kubong.

nangtime.com - Buaya Gergasi Seberat 800kg Di Parit Belakang Sekolah Berjaya Dipindahkan Dengan ForkliftMenurut beliau, buaya tersebut berumur lebih kurang 80 tahun. Operasi turut dihadiri oleh PPgB Azman Ibrahim, Pegawai Operasi Zon Limbang dan Pegawai daripada SFC.

 

Facebook Comments Box