Hilang Kedua Tangan Dan Sebelah Kaki Sejak Kecil Akibat Terkena Renjatan Elektrik, Gadis Yakinkan Diri Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Seorang gadis yang dikenali sebagai Victoria Salcedo ditimpa insiden paling ngeri apabila kehilangan kedua-dua belah tangan dan sebelah kaki akibat terkena renjatan elektrik.Hilang Kedua Tangan Dan Sebelah Kaki Sejak Kecil Akibat Terkena Renjatan Elektrik, Gadis Yakinkan Diri Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Meskipun ditimpa kejadian ngeri terhadapnya ketika berusia 5 tahun, gadis ini tetap cekal dan tabah meneruskan hidup dan terus berusaha memajukan dirinya.

Kini berusia 23 tahun, Victoria Salcedo menyakinkan dirinya untuk menyertai satu pertandingan ratu cantik dan merupakan salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021.

Gadis yang berasal dari Guayaquil, Ecuador ini merupakan pelajar dalam bidang kewartawanan
Dalam satu temubual, Victoria Salcedo berkata, “Insiden yang belaku kepada dirinya bukan penghalang bagi mengejar impian dan terus maju ke hadapan.

Hilang Kedua Tangan Dan Sebelah Kaki Sejak Kecil Akibat Terkena Renjatan Elektrik, Gadis Yakinkan Diri Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Walaupun dikategorikan sebagai sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana mempunyai kecacatan kekal, semua itu tidak mematahkan semangat dan keyakinan Victoria untuk terus memajukan diri.

Selain merupakan seorang pelajar kewartawanan, Victoria juga aktif berenang dan menyertai aktiviti-aktiviti lain.

Hilang Kedua Tangan Dan Sebelah Kaki Sejak Kecil Akibat Terkena Renjatan Elektrik, Gadis Yakinkan Diri Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Victoria melakukan aktiviti seharian dengan kebanyakkannya menggunakan sebelah kaki kanannya yang masih berfungsi. Menurutnya lagi, perkara yang paling sukar bukanlah tentang keupayaan dirinya untuk melakukna sesuatu, tetapi bagaimana hendak beradaptasi dengan orang sekeliling yang sering memandangannya dengan serba kekurangan.

Hilang Kedua Tangan Dan Sebelah Kaki Sejak Kecil Akibat Terkena Renjatan Elektrik, Gadis Yakinkan Diri Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Victoria juga sering menggunakan akaun media sosial untuk menyampaikan mesej positif tentang ketidakupayaan, memberi kata-kata motivasi dan semangat serta mendidik masyarakat agar menjadi lebih peka dan prihatin.

Sebelum menyertai pertandingan ratu cantik Miss Ecuador 2021, Victoria pernah dinobatkan sebagai Ratu Loja dan National Angel pada tahun 2018.

Hilang Kedua Tangan Dan Sebelah Kaki Sejak Kecil Akibat Terkena Renjatan Elektrik, Gadis Yakinkan Diri Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Pemenang Miss Ecuador 2021 akan mewakili negara Ecuador ke pertandingan Miss Universe 2021 yang kemungkinan diadakan pada hujung tahun.

Facebook Comments Box