Lelaki Heret Biawak Di Jalan Untuk View Youtube

Seorang lelaki menimbulkan kemarahan orang ramai apabila melakukan sesuatu yang membahayakan dan juga seakan penganiayaan keatas haiwan.Demi View Youtube, Lelaki Tarik Biawak Di Jalanan Sambil Bawa Motosikal Timbulkan Kemarahan Netizen

Lelaki yang dikenali sebagai Abdullah dan berasal Desa Lar Lar, Kecamatan Banyuates, Kabupaten Sampang itu memuat naik satu video di Youtube miliknya yang berdurasi 3 minit.

Video itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memaparkan Abdullah dan rakannya menaiki motosikal sambil menarik seekor biawak di jalanan.

Video itu disiasat dan tindakan Abdullah itu didapati membahayakan pengguna jalan raya lain. Seorang pegawai dari Balai Polis Sampang, Ayip Rizal berkata, beliau tidak mahu tindakan Abdullah itu menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Demi View Youtube, Lelaki Tarik Biawak Di Jalanan Sambil Bawa Motosikal Timbulkan Kemarahan Netizen

“Jalan raya dilalui oleh Abdullah adalah laluan utama. Seandainya pengguna wanita melihat kejadian itu, pastinya mereka akan terkejut.

“Justeru, keselamatan pengguna jalan raya lain perlu diambil kira,” katanya.

Walaubagaimanapun, siasatan lanjut pihak berkuasa mendapati tiada unsur penderaan haiwan terhadap biawak.Abdullah menceritakan biawak berkenaan ditemuinya di tepi jalan Kedungdung, Kabupaten Sampang.

Demi View Youtube, Lelaki Tarik Biawak Di Jalanan Sambil Bawa Motosikal Timbulkan Kemarahan Netizen

Apabila ditanya kenapa dia memperlakukan perbuatan berkenaan, Abdullah mengakui dia melakukan sedemikian agar videonya tular dan mendapatkan view di chanel Youtube miliknya.

“Saya menyesal dan meminta maaf kepada masyarakat atas perbuatan itu,” kata Abdullah.

Facebook Comments Box