Bagi kebanyakkan orang, perkahwinan mungkin sekali dalam seumur hidup namun berlainan dengan seorang lelaki dari India ini. Pada mulanya perkahwinan seorang lelaki dan pasangan di India dilihat biasa-biasa sahaja, namun satu fakta yang didedahkan membuatkan ramai melopong!
Ini kerana lelaki tersebut pernah berkahwin sebanyak 36 kali sebelum ini dan ini merupakan perkahwinannya yang ke-37! Bukan itu saja, malah perkahwinannya juga turut disaksikan oleh 28 orang isterinya yang masih hidup.
Sepanjang perkahwinannya sebelum ini, lelaki ini sudah mempunyai 135 orang anak dan 126 orang cucu. Menurut sumber, sebanyak 28 orang isterinya juga masih hidup bersamanya dalam satu keluarga yang besar!
Perkawinan terbaru lelaki India ini membuatkan warganet berasa hairan dan janggal apabila melihat video perkahwinan mereka. Di bawah ini adalah satu video mengenai perkahwinan lelaki ini yang ke 37 dan tular di media sosial.
Rata-rata netizen mempersoalkan macam mana lelaki ini menguruskan isteri-isteri, anak-anak dan cucu-cucunya yang sangat ramai.
VIDEO:
BRAVEST MAN….. LIVING
37th marriage in front of 28 wives, 135 children and 126 grandchildren.?? pic.twitter.com/DGyx4wBkHY
— Rupin Sharma IPS (@rupin1992) June 6, 2021
Jika anda masih ingat, bulan lepas juga pernah tular mengenai seorang lelaki berusia 66 tahun yang berhasrat memiliki 100 isteri dan 1000 anak setelah memiliki 151 anak daripada 16 isteri setakat ini.